PERSATUAN PENERAJU TANAH BUMIPUTERA MALAYSIA

Kenali PENERAJU

KENALI PENERAJU

PENERAJU adalah singkatan jenama bagi Persatuan Peneraju Tanah Bumiputera Malaysia secara amnya ditubuhkan sebagai satu platform kesatuan rangkaian hartanah untuk pengusaha tanah lot bumiputera baharu dan lama bersama-sama dengan firma guaman, kontraktor, pemaju, juruukur bahan dan perancang bandar di bawah satu bumbung. PENERAJU  berganding bahu dengan Pejabat Tanah Galian Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memantau pembangunan tanah lot bumiputera di Malaysia.

PENUBUHAN PENERAJU

Idea perancangan Persatuan PENERAJU bermula pada tahun 2021, tetapi dapat direalisasikan pendaftaran secara rasmi  pada Mac 2022. Permulaan PENERAJU adalah mengadakan seminar demi seminar berkenaan pemajuan hartanah Malaysia. Peserta yang terlibat adalah terdiri dari pengusaha lot baharu dan lama, pemilik tanah dan perunding hartanah berdaftar.

APA KELEBIHAN YANG ADA DI PENERAJU?

A. AHLI BIASA (Pengusaha Lot)

i.    Boleh Mengundi pada setiap AGM

ii.  Menyediakan khidmat nasihat dalam pemajuan tanah lot

iiii. Menyediakan platform hubungan (contact) berurusan antara firma guaman, kontraktor dan dan lain-lain

iv. Majlis Pengiktirafan untuk ahli-ahli Peneraju

v. PENERAJU menyediakan khidmat jualan lot untuk skala kecil dan besar 

B. AHLI BERSEKUTU (Firma Guaman, Kontraktor, Juruukur,REN)

i. Menawarkan khidmat guaman pengusaha lot kepada firma guaman

ii. Peluang jana pendapatan dalam penjualan lot banglo kepada REN

iii. Membuka peluang kerja kepada kontraktor dalam pembinaan rumah dan kemudahan yang lain

iv. Majlis Pengiktirafan untuk ahli-ahli Peneraju

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI PENERAJU?

PENERAJU terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berstatus Bumiputera berumur 20 tahun ke atas. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu. Ahli Biasa terbuka untuk Pengusaha Lot baharu dan lama. Ahli Bersekutu terbuka untuk Firma Guaman, Kontraktor, Juruukur dan Perancang Bandar (Town Planner).

APA PROGRAM/GERAK KERJA YANG DIANJURKAN OLEH PENERAJU?

Mengadakan Seminar-Seminar Pemajuan Hartanah untuk ahli dan peserta

    • Majlis Pengiktirafan untuk Ahli-Ahli PENERAJU.
    • Usahasama bersama NGO, PTG & PBT berbentuk pameran ,persidangan dan seminar.
    • PENERAJU memantau pemajuan lot-lot tanah yang dibangunkan oleh ahli yang terlibat        .   

CARA MENYERTAI PENERAJU :

PENERAJU terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berstatus Bumiputera berumur 20 tahun ke atas. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu. Ahli Biasa terbuka untuk Pengusaha Lot baharu dan lama. Ahli Bersekutu terbuka untuk Firma Guaman, Kontraktor, Juruukur dan Perancang Bandar (Town Planner).

Yuran Pendaftaran :

    • Ahli Biasa  :  RM100.00
    • Ahli Bersekutu  :  RM30.00

a. Ahli -ahli yang berminat, boleh mengisi borang melalui pautan berikut :  https://forms.gle/9MFsEVx2fRHsepiN8 atau klik butang “DAFTAR SEKARANG” dibawah.

b. Boleh menghubungi Whatapps di talian berikut En.Razman 012-958 2210 (Admin) atau klik butang Whatsapp dibawah.

error: Content is protected !!