Webinar yang diperkenalkan ini diwujudkan pada 2020-2021 atas permintaan para peserta disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) untuk mengawal jangkitan Covid-19 yang melanda negara ketika itu.
Program ini digantikan sementara dengan kelas fizikal (seminar) yang diadakan sebelum ini untuk memenuhi keperluan para peserta menambah ilmu dalam pembangunan hartanah lot banglo.
SEMINAR 2019 - 2022 PEMAJUAN HARTANAH LOT BANGLO
Seminar mula diperkenalkan pada tahun 2019 ini mula mengorak langkah dengan permintaan dari para peserta yang ingin menambah ilmu dalam hartanah. Prosedur Pemajuan Hartanah adalah “Kickstart” PENERAJU dalam seminar yang masih diadakan sampai sekarang.
Kerjasama penyampai berpengalaman seperti Pemaju Perumahan, Firma Arkitek, Juruukur, Kontraktor, Pengusaha Lot Banglo, Wakil PTG, dan wakil PBT menjadi titik tolak PENERAJU dalam menyampaikan ilmu sebenar untuk para peserta mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak PBT dan Akta Kanun Tanah Negara.
PROGRAM PENERAJU TANAH LOT BANGLO 2022 BERSAMA PROTEGE
Setelah kejayaan dalam melaksanakan seminar demi seminar, PENERAJU memperkenalkan “Program PENERAJU Tanah Lot Banglo” untuk bakal-bakal Protoge yang berminat dalam “Coaching Programme”. PENERAJU memperkenalkan konsep “One (1) to One (1) kepada setiap Protoge.
Untuk permulaan, PENERAJU menghadkan kepada 10 Protoge sahaja. Program ini bermula pada Disember 2021 sehingga sekarang. Protoge diber tunjuk ajar dan “follow up” setiap projek yang diusahakan mengikut kapasiti masing-masing.
Protoge diberi bimbingan dalam “Feasibility Study” sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan Lot Banglo. Teknik pemilihan hartanah, kontraktor, juruukur, dan pemasaran turut dibekalkan untuk melicinkan segala proses gerak kerja.
Bahan pemasaran dibantu untuk menaikkan hasil jualan lot-lot banglo. “Coaching Programme” ini adalah 100% praktikal. Teknik “Loss & Profit” dibimbing bagi memastikan Protege dapat meminimumkan kerugian. Program ini bertujuan untuk mendidik Protege dalam tadbir-urus lot-lot banglo dan memudahkan urusan jual beli dan membantu meningkatkan hasil jualan yang tinggi.
MALAM PENGHARGAAN PENERAJU TANAH LOT BANGLO 2022
Malam Penghargaan PENERAJU LOT BANGLO 2022, yang pertama kali diadakan dengan jayanya di Le’ Meridien Hotel Putrajaya pada Februari yang lalu. Majlis ini berjaya mengumpul 70 hingga 80 orang pemain industri Lot-Lot Banglo di seluruh Malaysia.
Antara jemputan istimewa yang hadir pada malam tersebut adalah Yg. Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mohd Zin, Yg. Bhg. Datuk Azhar bin Ahmad (KSU Perumahan & Kesejahteraan Komuniti KPKT), Tuan Hj. Jusni bin Hashim (Pegawai Daerah PTG Petaling), Datuk Hjh. Nor’shikin Taib dan Datuk Seri Muhamad Khanafi (Presiden DPIM).
Malam tersebut diraikan untuk memberi penghargaan kepada pemain industri Lot Banglo baru dan lama, firma guaman dan entiti persendirian. Ucaptama disampaikan oleh Presiden PENERAJU iaitu Tuab Bill Rohaizan bin Rahim. Majlis dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. Nik Mohd Zin, merupakan veteran pejuang hartanah yang berpengalaman lebih 50 tahun.
Sumbangan beliau yang sangat besar dalam sektor hartanah banyak memberi impak positif dari segi pemilikan, urus-tadbir an sebagainya.