UCAPAN PRESIDEn
Syukur Alhamdulillah kepada semua warga yang menyokong penubuhan PENERAJU. Di sini, saya ingin menyatakan matlamat utama PENERAJU adalah untuk menyatukan keseluruhan pemain-pemain industri Lot-lot banglo di Malaysia di bawah satu bumbung.
Isu-isu berbangkit dan permasalahan dalam mengusahakan lot-lot banglo ini tidak pernah selesai, kami PENERAJU ditubuhkan sebagai perantara untuk membantu isu pembeli, pemilik tanah dan pengusaha lot banglo amnya. Kami berkerjasama dengan Pejabat Tanah Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan firma guaman bertujuan memastikan isu-isu ini dapat diselesaikan dengan segera.
Impian kami mahukan pembeli-pembeli lot banglo dapat menikmati untuk mendirikan rumah impian mereka di atas tanah sendiri. Kerjasama dari semua pihak yang terlibat, amatlah penting untuk memastikan isu ini tidak berpanjangan.
Selain itu, PENERAJU ingin memastikan pemilikan tanah milik Rizab Melayu dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Pengusaha lot-lot banglo dapat dibantu dalam meningkatkan pendapatan mereka dan persaingan sihat dalam pasaran hartanah di Malaysia.
PENERAJU sentiasa berusaha dalam memastikan persaingan dan pengurusan pemilikan lot-lot banglo Rizab Melayu dapat ditambah baik dan menjadi badan pemantau untuk memastikan tidak berlaku penipuan urusab jual beli lot-lot banglo ini.
Semoga niat murni ini dapat direalisasikan dan PENERAJU terus menerus meneraju dalam pembangunan lot-lot banglo dan tanah Rizab Melayu di Malaysia.
BILL ROHAIZAN BIN RAHIM
Presiden PENERAJU